AHLAN WA SAHLAN * SELAMAT DATANG
PEMBERITAHUAN :
KELAS BIMBINGAN SENI KHAT BAGI SESI 2012 TELAH BERMULA PADA :
HARI : SETIAP HARI AHAD
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TGH
TEMPAT : MASJID BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU
PENYERTAAN : PERCUMA UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. DATANGLAH UNTUK PENDAFTARAN PADA HARI TERSEBUT.
KURSUS SENI KHAT ATAS KANVAS ANJURAN KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN KOTA TINGGI
PADA : 21 DAN 22 MEI 2011 (SABTU DAN AHAD)
MASA : 8.00 PAGI (PENDAFTARAN)
TEMPAT : PKG, PPAD MUAR
Al-Hamdulilah... Kursus Seni Khat Atas Kanvas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada Para Pembimbing iaitu Ustaz Zainur Rahman dari Kuala Lumpur dan Pembantunya En. Sharizal dari Yayasan Warisan Johor dalam mencurahkan ilmunya serta perkongsian ilmu bagi menghasilkan karya di atas kanvas. Tahniah juga kepada semua peserta kursus kerana menunjukkan komitmen serta kesungguhan dalam menghasilkan karya yang menarik dalam usaha memartabatkan Seni Warisan Islam ini. Kami semua peserta kursus amat mengharapkan agar kursus seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Sebahagian dari peserta kursus bersama hasil seni masing-masing
Ustaz Zainur Rahman sedang memberi komen pada hasil seni peserta
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN CAWANGAN JOHOR KALI KE-2 SESI TAHUN 2011 TELAH DIADAKAN PADA :
6 MAC 2011 (AHAD) JAM 10:00 PAGI
DI DEWAN SRI WARISAN, JALAN OMAR (BERHADAPAN SUNGAI KOTA), KOTA TINGGI.
ANTARA KEPUTUSAN MESYUARAT TERSEBUT ADALAH SEPERTI DI BAWAH :
1) Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Johor (PSKKCJ) dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan mengadakan Kelas Pengembangan Seni Khat di Sekolah-sekolah Menengah Berasrama yang terpilih setiap minggu di setiap daerah dalam Negeri Johor ini. Seramai 2 orang tenaga pengajar akan disediakan untuk melaksanakan kelas tersebut. Sila rujuk Senarai Nama Tenaga Pengajar Tahun 2011 dalam web ini.
2) PSKKCJ akan mengadakan Karnival Seni Khat pada masa dan tarikh yang akan diberitahu kemudian.
3) Diingatkan kepada penggiat-penggiat Seni Khat Johor agar dapat memperbanyakkan hasil karya masing-masing untuk tujuan Pameran dan Jualan pada majlis-majlis tertentu yang akan diberitahu dari masa ke semasa.
4) Mengadakan Demontrasi, Pameran dan Jualan Seni Khat pada Program-program tertentu yang akan dimaklumkan kemudian.
PENGERUSI PSKKCJ 2011/2012
Al Fadhil Ustaz Haji Jainal bin Sakiban
Pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor Sesi 2011/201
LINK PILIHAN "SAHABAT KHAT" DIBAWAH :
Tags
News
SEMINAR DAN PERTANDINGAN INSPIRASI SENI KHAT TAHUN 2011
21/02/2011 15:13———
MESYUARAT AJK PSKKCJ KALI PERTAMA SESI 2011
07/02/2011 11:46———
KURSUS, DEMONTRASI DAN PAMERAN SENI KHAT
03/06/2010 08:21———
KELAS SENI KHAT PERCUMA
05/05/2010 09:51———




